-- Makhluk Popi? Ramlee Awang Murshid? Sutera Bidadari? Faisal Tehrani? --


Update


1. Dalam buku Ramlee Awang Murshid, bangsa Poppy itu dikenali dengan nama bangsa Polip


2. Owh saya sudah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC HANYA semata-mata mahu membeli 2 buku yang saya da aim which are Sutera Bidadari (Sequal ke-5 Bagaikan Puteri) by Ramlee Awang Murshid (harga asal RM22.00 semenanjung m'sia tapi dapat diskaun just bayar RM18.70) & Sebongkah Batu di Kuala Berang by Faisal Tehrani (harga asal RM16.50 tapi diskaun just bayar RM14.00). Puas hati saya kalau tak mesti tak boleh tidur malam...


3. Saya dah abis membaca buku Sutera Bidadari, owh sangat best pada pendapat saya, lagi best dari dari Cinta Sufi. Kalau nak surprise baca sendiri, tak nak surprise boleh email saya huhuhu =D kira beyond my expectation la...


4. Almost finish Sebongkah Batu di Kuala Berang, betul tekaan saya pasal Batu Bersurat Terengganu, adalah tinggal 20m/s lagi tapi mata da ngantuk sangat da... esok sambung lagi... owh bagi peminat karya/ yang sudah biasa dengan karya FT, saya boleh katakan penyampaian isi dalam novel ni macam ala-ala Saasatul Ibad & Karbala both are by Faisal Tehrani. Ala-ala bukan exactly okeh...


Aduhai, seorang sahabat pernah mispronounced Karbala as 'Kaballah'. FYI, Kabalah tu agama baru, yang dikenali seluruh dunia bila Madonna popularized kan agama itu, Karbala pulak adalah sebuah tempat di Iraq, di mana peristiwa pembunuhan Sayidina Hussin r.a. sekeluarga pada tanggal 10 Muharram yang bukan bubur asyura saja kita makan masa 10 Muharram ye =)


5. Dah lama sangat saya tak 'tenggelamkan' diri dalam bacaan novel-novel pasal sejak setahun lepas saya banyak membaca benda yang bukan fiksyen... bila baca balik, baru dapat 'ummppphhh' balik


6. Tiba-tiba rasa nak beli rak buku IKEA yang kaler biru itu...


7. Baik saya enjoy puas-puas before masuk kerja balik 10 mei nanti hua hua hua =D




Salam,


1. Tengah surfing-surfing internet, termasuklah dalam satu blog pasal Rawatan Perubatan Islam... tengah dok baca-baca ada satu entri sangat menarik pasal makhluk Poppi. Owh, apakah makhluk Poppi itu? Bagi yang mengaku dirinya adalah kipas-susah-mati Ramlee Awg Murshid (RAM) especially trilogi, dah bukan trilogi da... tetralogy kot sekarang... pasal da 4 buah novel sususal kan? Pasti tahu makhluk Poppi itu apa. Tapi bagi yang tak tahu, serba ringkas, dikatakan bahawa makhluk Poppi adalah makhluk yang telah mendiami muka bumi WAAAAAAAAAAAAYYYYYYYYYYY sebelum Nabi Adam a.s. diciptakan lagi. Makhluk yang mempunyai sayap yang selalu orang confuse adalah malaikat, tapi berwajah manusia gitu.... kiranya spesies manusia before homo sapien la kot...


Kiranya kalau saya memilih untuk bersangka baik, dan mempercayai cerita yang dikhabarkan oleh Perawat Islam yang saya link di atas, macam "Wah... memang ada kisah real ye... pasal makhluk Poppi ni???" It's very interesting la kan?



2. So da syok-syok baca pasal makhluk Allah Poppi ni, HARUSLAH teringat dengan Ramlee Awang Murshid, so cuba google fan page RAM nak tengok kot-kot la ada sambungan baru Tetralogy... HAHAHA harapan bukan tinggal HARAPAN sebaliknya menjadi REALITI..


3. Sutera Bidadari, itulah judul novel terbaru RAM yang akan launch on 3oth April 2011 nanti. Novel kisah Laksamana Sunan susulan daripada Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencipta & Cinta Sufi, da tak boleh panggil tetralogy la nie??? Pentalogy kah??? BUT!!! da boleh dapatkan novel tersebut di PESTA BUKU ANTARABANGSA KL kat PWTC tamat sampai 1 MEI 2011 nanti.... Hah memang da tak sabar-sabar nak tunggul mentari muncul esok nak pergi PWTC... I don't expect much on the novel, sebab so far jalan cerita (pada pandangan saya sahaja okeh) plotnya menurun haha mungkin terkesan impact betapa bestnya novel pertama, yalah sapa tak suka Haryani dengan Sunan kan??? Pastilah kita dok berangan kita ni Haryani, & Sunan is Sunan. Takdir Haryani & Sunan sudah ditulis oleh penulis novel takkan bersatu =). Tapi takdir kehidupan kita bukan manusia yang menulisnya tahu?


Pernah dahulu saya hadiahkan buku Bagaikan Puteri kepada seorang sahabat yang amat saya sayangi. Orang KAKI PALING TAK MINAT BACA NOVEL pun boleh layan novel Bagaikan Puteri nie tahu?? =D



4. Owh alang-alang sudah singgah di Pesta Buku, pastilah juga nak grab buku terbaru Faisal Tehrani, nama lupala Seteguh Karang? Seteguh Karang di Kuala Berang? Owh rasanya Sebongkah Batu di Kuala Berang kot? Dari judul pun dah agak apakan? Buka balik buku sejarah? Batu Bersurat kah? Ah apa-apalah... nanti cek, FT da stopped blogging, BUT blog FT pun da macam 'kena block' oleh pihak tertentu, gigih nak kena pakai proxy baru boleh buka... apa-apa jelah.



Itu sahaja untuk hari ini. Sekian.




--END--

Comments

fzamazlan said…
assalam,
susulan novel Sutera Bidadari terbaru 2012 ni-Sunan Musafir.

oh ye, bangsa Polip sama ye dengan Poppi?
bagi saya, yang saya suka bukan debaran (saspen) semata-mata , tapi lebih kepada pengisian novel berkisarkan Laksamana Sunan itu sendiri. Dan, kata RAM..ini yang terakhir. walaupun rasa macam taknak, tapi..setiap pertemua mesti ada perpisahan. kan..:)

saya sedang baca tunggu teduh dulu novel FT yg awal2. menarik juga.

www.matapenaalsunan.blogspot.com

Popular Posts