-- PUKAU --






mandrem? santau? sihir? dan sewaktu dengannya






Salam,






Aku jarang sangat bagi entry yang educative/informative, tapi yang ini memang betul-betul mahu share.






Ada kau baca tajuk di atas betul-betul? Ya, memang ini aku nak cerita tengah-tengah pagi buta di kala 1 par tiga malam nih.






Kamu percaya pada pukau kah? Atau orang puteh bilang Hypnosis?






Tak kisahla whether ada scientific explanation pasal pukau ni kan, sebab orang yang practice amalan pukau ni able to control their victim punya minda, how they do it? I also don't know pakai jin kah, pakai alpha-wave kah apa-apalah. Janji if tujuan tu memudharatkan si penerima itu, memang perlu kita elakkanlah.






Kenapa aku berani cerita, pasal kisah ni terjadi pada somebody yang paling dekat dengan aku. Real case study. Aku tulis entry nie within 24 jam perkara ini berlaku.






Mari kita namakan,






Mangsa= Victim



Orang jahat = UnSub






hehe ikut criminal mind sekejap,






Kisah nya begini,






Time: 0830hrs






Suatu pagi ketika Victim mahu pergi kerja naik LRT, seperti biasalah, daily routine. Masa LRT datang, tiba-tiba ada ada seseorang, iaitu UnSub (lelaki, sawo matang, tak pasti Malaysian or Indonesian or Bruneian or Singaporean or Siamese or Philliphinoa or Cambodian haha satu ASEAN tu... tapi yang pasti muka orang Kepulauan Nusantara lah...) tepuk belakang Victim, lalu bertanya,






"Nak pergi ke mana"






Victim lalu menjawab,






"Pergi Kerja"






-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-






Time: 1040hrs






Sedar-sedar Victim sudah berjalan-jalan tanpa arah tujuan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, tak sampai pun kat tempat kerja, way jauh dari tempat kerja. Macam kena bius pulak... tak sedar apa-apa...






Lepas tu ada pemandu teksi hon-hon Victim, mahu ke mana? Ketika itu Victim tadi tersedar, Victim tadi cuak, lalu check wallet, and found out that all her money was gone. Yang tinggal duit coins sahaja... Victim panic, lalu menangis and called the family members.






Sementara di rumah, family members tadi pun terkejut jugak, pasal boss Victim called asking why she din't come to the office... Mestila family Victim tadi risau tahap gaban... Nasib baik Victim call family, bagitau dia on the way back home...






Sampai rumah, Victim terus terduduk dan menangis, once da cool down sikit, Victim mula cerita apa yang berlaku...






Later in the evening, Victim lodged a police report, memang Polis tak boleh buat apa, tapi atleast, dari police report, hopefully boleh create awareness and warn LRT station, maybe modus operandi sama... obviously she wasn't the first victim and most likely will not be the last one kan???






Fortunately, Victim tadi just hilang duit, nothing else happened, no bruising, no signed of being sexually assaulted/harrased.






So, pesanan aku di sini, for girls and guys, please be careful, kalau kita concious tak apa, kita ingat what happen and we can at least run from the danger, tapi kalau kita tak sedar, kita memang tak ingat apa yang berlaku sama kita.






Apa-apa pun sini aku google macam mana nak elakkan pukau. Ini hanyalah usaha sahaja, yang penting tawakkal and percaya kepada kuasa Tuhan, mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Insya-Allah.






Mungkin ada cara-cara dalam links yang diberi di bawah tak berapa sesuai dengan syarak & aqidah, apa-apa pun please use your common sense, and ilmu, and seek for advice dari orang yang lebih arif, kalau tak sure, jangan percaya SEMUA bulat-bulat. Please make your judgement wisely. Aku percaya readers are all wise enough =)






Lagi satu, ayat-ayat Al-Quran yang buat amalan ni, bukan sahaja untuk elak pukau, tapi boleh jugak sebagai pelindung dari dari bahaya yang lain, yelah dari accident ke ape-ape jelah bahaya atau kejadian yang tak diingini kan?






Yang penting istiqamah, and bertawakkal bersungguh-sungguh kepada Tuhan.






Untuk mengelakkan Syirik Khafi, iaitu syirik kecil, ialah apabila kita percaya Ayat / Amalan itu yang membantu/melindungi kita MELEBIHI dari Kekuasaan & Izin Tuhan. Seperti contoh, letak tangkal depan pintu, kita percaya tangkal melindungi kita LEBIH daripada kita percaya bahawa segala yang berlaku atas IZIN-NYA.




Yalah, kadang-kadang kita terleka kan??? Walaupun kita tak berniat nak mensyirikkan Allah






So nak elakkan kita percaya & berlindung Ayat BUTA-BUTA, ada baiknya kita cuba faham and tahu juga setiap baris ayat yang kita baca tu, mudah-mudahan dengan cara itu kita tahu yang kita sedang berusaha sambil at the same time kita bergantung kepada KUASA yang MAHA ESA okeh =)


Yelah mungkin ada petua cakap pakai baju terbalik, bawak paku besi 5 inci lah tahi besi lah macam-macam, MUNGKIN ini satu cara, pasal orang belajar benda-benda macam ini mesti nak ada pantang kan? Kot-kotla paku ke apa semua tu pantang pengamal pukau nie, macam orang pakai susuk jugak, pantangnye dikatakanlah takleh lalu bawah ampaian la... makan sate takleh terus dari lidi pencucuk... takleh makan pisang emas lah...sebab kita di kepulauan Nusantara ni begitulah pantang dan adat, di China maybe takleh makan Babi ke ooopsss..haram jejak kaki tokong ke??? di India maybe takleh makan tosei, takleh bela rambut panjang lepas pinggang ke atau Red Indian di America pulak pantang maybe takleh lalu bawah burung helang Winston tengah terbang ke hehehe... contoh jelah kan???




"Dengan Nama Allah, Aku Bertawakkal kepada Allah, tidak ada Daya dan Kekuatan kecuali dengan-Nya"






Lagi satu, amalan 4 Qul tu sangat digalakkan lah, cuba buka tafsiran Surah Al-Falaq, and Surah An-Nas okeh =)









Links:





















Syirik, nak tahu lebih lanjut adalah digalakkan mengaji dan bertanya dengan orang yang lebih arif dan reliable, link diberi sekadar untuk pengetahuan asas sahaja...









--END--






Comments

Popular Posts