--Membebel?--
Esok cuti, oleh itu saya berkesempatan untuk mengupdate blog saya, yang pada saya pembacanya hanya boleh dihitung dengan jari sahaja. Maafkan saya kerana blog saya tidak sehebat blog-blog yang lain kerana tujuan saya memiliki blog adalah untuk saya berkongsi pendapat saya. Harap pembaca masih lagi sudi membaca walaupun barangkali isi kandungannya agak bosan.
Sedikit pendapat saya yang saya pasti mungkin ada antara kalian sedia maklum, namun sahaja ingin sekali saya kongsikan bersama =)
Sedikit perkara yang bermain di fikiran saya sejak kebelakangan ini:
Bahawa ada 2 buah negara iaitu China dan Japan mengalami surplas dalam bajet tahunan mereka? Saya tidak tahu pasal ekonomi, ini pun saya baca melalui majalah yang saya beli beberapa bulan lepas. Saya cuma excited membacanya, macam tidak percaya rupanya memang wujud ye...negara yang mengalami surplas dalam bajet. Selalu terfikir bila pula Malaysia nak mengalami surplas?
Saya sudah merasa bahang pelaburan emas sejak tahun lepas (mungkin agak sedikit ketinggalan berbanding rakan-rakan saya yang lain) namun, tahun ini baru saya tahu bagaimana pelaburan emas ini berfungsi. Hurm... pada pendapat saya yang kurang arif ini, saya rasa saya sekiranya saya mempunyai lebih simpanan kewangan, dan sekiranya saya ingin melabur dalam emas, saya rela memiliki emas seketul dalam simpanan saya berbanding membuka akaun emas. =) No offense kepada yang berlainan pendapat dengan saya.
KWSP sudah potong 11% daripada gaji basic saya, yang sebelum ini hanya dipotong 8%. Adeh. Makin kurang rupanya cash dalam tangan saya. Bukan sahaja berkurangan dari segi numerical, tapi juga berkurangan dari segi buying power yang saya miliki due to increasing rate of inflation. -.-" Tapi saya harap berkatla gaji saya itu, orang cakap, gaji berkat ni, lambat nak habis. Hehe macam mana nak bagi gaji berkat?
JANGAN CURI TULANG SEMASA BEKERJA!!!!
Adeh. Saya terkena sekali lagi -.-""
Ramai mungkin sedia maklum dengan revolusi yang bermula di Tunisia, telah merebak ke Mesir, dan sekarang ke Bahrain, dan Yemen. Tunisia dan Mesir telah berjaya menggulingkan kuasa pemerintah, saya tidak pula tahu natijah untuk Bahrain dan Yemen. Namun, saya kagum dengan semangat yang dimiliki mereka. Harapan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam saya rasa. Saya pun merasakan bahawa pelajar Malaysia di Mesir (mungkin ada) yang masih belum pulang tengah sedikit tenang dan tersenyum bangga, macam: WOW!!!! I was in EGYPT during the successful revolution!!!! kira-kira begitulah mungkin rasa mereka, dan mereka boleh bercerita tentang perkara ini dengan anak cucu mereka kelak. Kamu tahukah? Tarikh 11 February di mana Hosni Mubarak resign, sama dengan tarikh Revolusi Islam Iran yang telah berjaya?
Saya pun teringin bercerita dengan cucu saya kelak (mudah-mudahan diberi kesempatan) Eh, tauk sik? Nenek dolok penah keja kapal, nenek nang orang kapal....opsho kata omputeh...(sambil tersengih dengan gigi separuh rongak barangkali?) sungguhpun saya tidak tahu berenang. Adeh!
PUNYALAH saya fikir Benjamin Netanyahu si Yahudi itu sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Rupa-rupanya masih sihat walafiat lagi... Saya baru sahaja tengok dia dalam TV tadi. Adeh.
Yahudi... Yahudi... mengingatkan pula saya cerita Inglorious Bastard, sungguh pun Brad Pitt berlakon dalam cerita itu, namun saya memang tidak suka cerita itu, ganas saya rasa. Memang saya terus jadi takut dan traumatized!!! Betul, cerita hantu tak kisahla melayu ka orang putih ka, indon ka, thailand ka, memang tak lut dekat saya (riak sekejap) tapi cerita ni memang betul-betul menakutkan saya. Saya actually have veryyyy high tolerance for violence movies, tapi tidak untuk cerita ini. Semua orang tidak boleh dipercayai. Walhal dalam hidup, saya rasa trustworthy itu sangat penting.
Walaupun dalam cerita The Prison Break (4 seasons altogether) juga semua orang tidak boleh dipercayai, juga menyebabkan saya trauma kerana saya mimpi saya jadi pelarian seperti mereka, asyik lari sebab takut kena bunuh percuma, gila homicide orang-orang dalam cerita ni. Yalah, nak kena bunuh sekalipun biarlah dibunuh kerana kita berperang ke, tapi bukan bunuh percuma. Eh tahukah anda watak T-Bag (Theodore something) is actually a BRITISH??? Gila la dia punya Alabaman or Texas accent (tak berapa pasti). Hugh Laurie (Dr. House) pun British juga, tapi saya rasa T-Bag lagi hebat, bukan senang nak buat Texas accent.
Tapi cerita TITANIC adalah all time favourite movie saya. Nantilah saya naik kapal, saya tengok lagi cerita ni, supaya lebih feeling... Lagipun Leonardo Di Caprio adalah actor kegemaran saya. Ada seorang kawan saya yang sering mengingatkan saya pada Di Caprio, namun sekiranya saya bagitahu siapa dia, tentulah hidungnya akan kembang dan tak akan kempis kembali.
Sebelum ini, saya layan How I Met Your Mother, sekarang saya tengah melayan The Big Bang Theory. Kamu tengok kah both of these comedies? Lawak sungguh saya rasa. Untuk pengatahuan, saya paling suka watak Barney dan Robin dalam HIMYM, dan saya suka watak Dr. Sheldon Cooper dalam TBBT.
Saya rindu keluarga dan rumah saya di Kuching.
Oh bagi kamu yang ingin kekal fit dan sihat (ehem read: to maintain your ideal weight) saya recommend website cekodok.com dan sususejat.com untuk anda. Sangat informative dan menyeronokkan saya rasa.
Kawan-kawan, doakan saya supaya saya cepat-cepat naik kapal ok.... Sangat berharap... sangat-sangat-sangat-sangat...
=)
--END--

Comments

LIYANA LEE said…
byk nye celoteh awak:) bahagian awal2 tu sy skip. hhahaha...btw, revolusi malaysia bila plak? ish3...
eh maz, aku rindu kat kau la...mai ah dtg sini. teman aku....uhuk3

LIYANA LEE
Anonymous said…
Tarikh 11 feb sama dengan tarikh Revolusi Islam Iran yang telah berjaya. Tahun ini giliran Mesir pula. 11022011. Tarikh yang cantik bukan sewaktu pengunduran Mubarak? Mungkinkah ianya cuma suatu kebetulan atau sememangnya bantuan dari langit? Bagaimanapun, artikel anda sgt membantu.

Popular Posts