--terkesima--

Walaupun aku masih terkesima dengan Enchanted yang aku tengok minggu lepas, dan aku fikir-fikir, cari-cari, takde ke lagu melayu yang asyik ala-ala fairy tales mcm lagu Disney... akhirnya aku jumpa beberapa... sebenarnya banyak lagi... sini dan sini2

Malamku Bermimpi (P Ramlee)

Malamku bermimpi ai dengan satu bintang,
Bekata-kataku di jendela,
Kulihat kanda tersenyum memandang,
Asmara bergelora meresap ke dada,

Malam ku terlihat oh sekuntumlah bunga,
Baunya harum menarik hati,
Tak sanggup menahan rasa asmara,
Meresap mendalam menusuk di jiwa,

Sayang jauh di balik awan,
Wajahmu tetap berseri-seri,
Laksana bulan sedang mengembang,
Menawan dan menggoncang dalam qalbu,

Oh angin meniup bawa daku ke sana,
Hasratku ingin bersama-sama,
Tak tahan rasa hati menderita,
Gelora asmara selalu menggoda


Tanya Sama Hati (P Ramlee)

Tanya Sama Hati Apa Rasa Sayang,
Adakah Tandanya Nampak Dipandang,
Kumbang Rayu Bunga, Bulan Dan Bintangnya,
Mula Tanda - Tanda Hubungan Mesra,

Tanya Sama Hati Pernahkah Merindu,
Tiba Masa Lena, Apa Mimpi Mu,
Masa Berjauhan Apa Nan Dikenang,
Bila Difahamkan Itulah Sayang,

Jikalau Tidak Kerana Sayang,
Kuntuman Kasih Tak Mungkin Kembang,
Andainya Jemu Mengganti Rindu,
Jambangan Rindu Tentulah Layu,


Tanya Sama Hati Pernahkah Merindu,
Tiba Masa Lena, Apa Mimpi Mu, Masa Berjauhan,
Apa Nak Dikenang, Bila Difahamkan Itulah Sayang

So bukan orang puteh je yang bleh berangan... Teringat kawan aku pernah cakap, orang dulu-dulu zaman tok nenek kita takdenye berangan nak berbulan madu di luar negara, diorang nak pergi kayangan je... Jula juli bintang 7...Wawawa ternyata aku ni jiwang karat sejak menyolo ni.... apapun aku memang peminat P Ramlee... dulu kini dan selamanya...biasala takda makhluk yang sempurna...apapun karyanya aku memang tabik spring...
Aku ingat lagi masa zaman khidmat negara, aku pergi rumah orang tua kat Sibu, biasalah mengemas-ngemas, cuci bilik, bersihkan taman. Aku ingat lagi aku ngan kawan aku ziarah dari bilik ke bilik, kitorang cium tangan orang tua kat situ, tak kisahla laki ke perempuan, dan ada beberapa bilik yang aku pergi, masa aku cium tangan sorang atok ni, Ya Allah mengalir air mata dia sejurus aku mencium tangannya, pastu dia usap kepala aku. Aku pun terkesima, pastu dia buat dek je dan sambung buat keje dia balik.
Aku pasti mesti dia rindu sangat-sangat kat anak dia, pastu lepas penat kitorang mengemas, kitorang pun bantailah berkaraoke. Aku yang gatal ni, pilih lagu P Ramlee sambil beruduet ngan member aku yang sorang lagi.
Tak tersangkalah aku orang-orang tua yang selamanya tadi dok diam je dengar kitorang nyanyi, tiba-tiba ikut sama tepuk tangan dan nyanyi lagu P Ramlee... Terkenangkan zaman muda-mudala tu.
Mudah-mudahan kita tak jadi anak yang meninggalkan mak bapaknya kat rumah orang tua...

--Tammat--

Comments

Popular Posts