--Melayu Sarawak--
entri tok khusus pakei kawan-kawan aku org malaya, agak paham sik paham sukati kitak orang la



Adapun diliat dari macam-macam hikayat. Banyak benar cerita giney asal usul orang melayu Sarawak tok. Ada dipadah dari Brunei, ada dari Sumatera, ada juak orang Iban yang memeluk agama Islam dan mengamalan budaya orang Melayu



Dipadah tek orang tua-tua sebenarnya orang Melayu Sarawak adalah gabungan tiga jenis Melayu dari seluruh kepulauan Nusantara yakni:



1. Yang berasal dari Sumatera dan dari Semenanjung Tanah Melayu

Orang Melayu yang asal dari Sumatera tok adalah berasal dari keturunan Datuk Merpati Jepang yang merupakan ketua bagi kaum Melayu yang tinggal di sepanjang pesisir Sungai Sarawak. Dipadah orang tek, Datuk Merpati Jepang tok yang asalnya dari Keturunan Majapahit



2. Yang berasal dari Brunei Darussalam

Nok tok disebabkan pada asalnya Sarawak merupakan jajahan takluk Brunei dolok-dolok. Jadi kebanyakan orang Melayu di Sarawak nok banyak di daerah Miri dan Kuching, sidak pakei loghat yang lebih kurang sama, berbanding dengan orang Melayu nok di Saribas, Sri Aman.



3. Yang asalnya Iban tapi bertukar cara hidup seperti orang Melayu setelah memeluk agama Islam



Orang Melayu yang berasal dari Saribas (termasuk kawasan yang sewaktu dengannya mcm Betong, Beladin, Meludam etc) sidak percayak sidak merupakan pengikut mun sik keturunan Temenggong Kadir yang berasal dari Brunei.



Rami orang heran apa beza Abang dan Awang. Ada yang madah sama, ada yang madah sik sama. Sebab nama anak perempuan yang lahir dalam keluarga tok digelar Dayang.



Keturunan Abang berasal dari keturunan Datuk Merpati Jepang dari Sumatera. Manakala Keturunan Awang berasal dari Brunei.



Perbezaan Awangku dengan Awang ialah Awangku berasal dari keluarga diraja Brunei, bila bapak sidak mempunyai pangkal nama Pengiran (macam Tengku atau Raja di semenanjung) anak-anak sidak akan mempunyai nama Awangku atau Dayangku.



Nama pangkal Awang diberik pada asalnya ialah dari keturunan rakyat biasa yang bukan berdarah diraja. Tapi keluarga tok dihormati oleh golongan istana dan sidak sultan. Maka nama sidak hanya ada Awang, bukan Awangku.



Awang juak berasal dari keluarga Dato' Godam (orang Minangkabau) yang berasal dari Pagar Ruyung, yang berhijrah ke Brunei, lalu berhijrah ke kawasan Saribas Sarawak.



Tapi, bila seorang Pengiran ingin 'membuang' pangkal nama Pengiran, atas sebab-sebab tertentu maka, nama anak-anaknya hanya diletak Awang.



Bagi masyarakat Brunei, gelaran Awang dan Dayang merupakan gelaran hormat macam Encik, dan Cik.



Maka ada perbezaan antara Haji Awang Mustafa bin Haji Awang Ali dengan Awang Haji Mustafa bin Haji Ali.

Sama juak macam Haji Abang Mustafa bin Haji Abang Ali dengan Abang Haji Mustafa bin Haji Ali.

Atau Hajah Dayang Hanifah binti Haji Abang Ali dengan Dayang Hajah Hanifah binti Haji Ali.

p/s: so ABDUL WAHAB udah-udahla agik nganok si DAOZ ya sakai ka orang kalimantan ka k' sik salah aku mak nya ya family ABANG n DAYANG

Comments

Popular Posts