Ramalan Cuaca for Dummies =D

Assalamu'alaikum,

Gile murahan tajuk...

Wah wah.... ini sudah melampau, hanya tiga entries saja untuk tahun 2013??? Konon busy la sangat... actually aku biasa publish entry ketika offshore, tapi untuk tahun ni, kebanyakan kapal yang aku naik, internet selalu tak memuaskan, macam kalau nak letak entry bergambar, memang takda can la pasal nak upload satu gambar pun da hazab. 

Anyway, since aku da nak masuk lima tahun kerja bidang maritim haha maritim la sangat... so aku rasa aku da cukup layak kot nak kongsi sedikit ilmu ramalan untuk masa depan korang hihihihi.

ILMU RAMALAN CUACA for noobs =D

Cuaca amat memainkan peranan penting dalam kegiatan seharian anak-anak kapal. Cuaca yang baik tak semestinya cerah, cuaca buruk tak semestinya hujan. Hal ini demikian kerana cuaca buruk melambangkan cuti bagi kami yang tiada cuti di sini....jadi perspektif dan falsafah kami adalah, bad weather is always good weather =D (but bad for the company hahaha)

Mungkin bagi crew yang bertugas di pelantar tak terasa 'goyang' atau being affected ketika angin kencang, namun bagi yang tinggal di kapal, especially jika kapal tu stay at one location, angin kencang akan menghasilkan gelombang air yang kuat (swell & surge), menyebabkan laut bergelora (rough sea) dan memungkinkan kapal menjadi goyang dan beralun (rolling & pitching)serta bahaya kepada bot-bot nelayan kecil.

Sekiranya kapal goyang teruk, maka kejadian almari rebah, pinggan pecah, file jatuh, bilik berselerak umpama gempa, tidur tepi mangkuk tandas, cari asamboi, pasti berlaku sekiranya posisi kapal tidak dikawal dengan baik oleh tuan nakhoda dan pengemudi.

Pengetahuan kajian tempatan dan geografi tentang musim  monsoon timur laut dan barat daya merupakan satu kelebihan dalam menganggar atau meramal cuaca. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jadual pertukaran angin monsoon umpama tidak stabil, tiba dan pergi pada waktu yang tidak dijangka. Banyak teori mengaggarkan ini merupakan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Di sini disenaraikan empat petanda (indicators) dan sedikit informasi yang boleh membantu saya dan anda untuk meramal cuaca tanpa merujuk kepada official weather forecast, atau radar... demi membuat persiapan awal untuk menghadapi angin kencang yang akan melanda =). 

p/s: Otai-otai offshore/kapal boleh tegur dan tambah kalau silap =D

1. Orang laut dulu2 cakap, air laut tenang, lebih tenang dari tasik, jangan ditegur nanti angin kuat datang. 

Pernah ko tengok air laut yang super tenang? Macam lantai marmar...langsung takda wave?

Ada di antara kapten kapal yang old school, sangat pantang kalau officer/crew nya 'menegur air yang tenang' silap hari bulan boleh kene run-off dari kapal especially yang main-fleet.

Pantang ini mungkin bersebab kerana pada kebiasaannya (bukan at all time), ketika air laut menjadi sangat tenang, itu mungkin petanda, angin kencang. 

Angin pula takkan datang serta merta, tapi mungkin datang dalam 1- 2 hari dengan izin Allah. Normally bila kami lihat air tenang sepanjang hari, kami akan rujuk weather forecast barangkali ada amaran typhoon ke kat Philipines or Taiwan?

Keberkesanan Indiacator sepanjang pengalaman aku: 60% 

2. Awan tebal, tak semestinya hujan

Awan kalau dapat kutilik maka saktilah hamba...

Yang ni tolonglah jangan tertipu, ko tengok awan kepul-kepul hitam tu, janganlah happy nak relax masuk cabin bagai, belum tentu bawak air hujan or ribut petir, kadang-kadang awan ni action je lebih...namun air tadak... petir tadak...normally awan yang bwk squalls ni biasa dapat detect dgn radar. Jadi ak kurang mahir meneliti bentuk awan yang membawa air hujan, sebab ak selalu tertipu, melainkan dari kejauhan ko da nampak rintisan hujan or petir. But this cannot be applied waktu malam koz tak nampak mende doh...melainkan kalau ada lightnings


3. Ikan lumba-lumba kelihatan riang melompat-lompat dia permukaan air

Kalau perempuan-perempuan perasan cute dan ayu macam aku mesti suka tengok dolphin lompat-lompat or mandi-manda kat laut kan??? Konon pemandangan paling menarik la... well memang menarik pun...TAPI.... ini adalah petanda yang kukuh dan sohih bahawa angin sekitar 26-42 knot akan melanda dan bertiup kencang selama beberapa hari. This could go up till one whole week.

Barangkali Dolphin mungkin ada sensor angin kot? Aku pun tak pasti tentang penerangan saintifik pasal ni...ak memang seronok la... sebab ak tau ak boleh relax and online tengok FB sepanjang angin kuat hihihihi (read: makan gaji buta)

Keberkesanan Indiacator sepanjang pengalaman aku: 100%  tepat hahahaha sekali lagi aku ingatkan, ini statistik sepanjang pengalaman aku, dan hanya aku. Ak tatau kalau ikut orang lain, tapi derang pun dok habaq benda sama jugak...



4. Jumpe penyu melepak di platform
Juga another indicator for strong wind and rough sea. So secara logiknya, penyu mungkin da merantau jauh, jadi bila dia berenang-renang, boleh sense strong current, jadi dia carik shelter kat platform gitu....

Oh kejap, macam mana nak tengok penyu melepak di platform??? Ini kena menggunakan khidmat ROV or diver. So bila kita perform ROV or diving activity and suddenly see this cute creature, jadi we know and agakla owh.... da nak bad weather da nih...

Keberkesanan Indiacator sepanjang pengalaman aku:  60%  sebab jarang jumpe penyu (sarawak & sabah also got penyu u know??? not only Terengganu)

5. Bulan Purnama
Seperti yang anda sedia maklum, air pasang surut sangat bergantung kepada kedudukan dan pergerakan bulan, jadi kebiasaannya, ketika bulan mengambang, air di permukaan mungkin kelihatan tenang, namun jangan disangka tiada arus di bawah... normally people will experience high underwater current during full moon, especially ketika kejadian air pasang/surut

6. Demikian juga, setelah angin bertiup kencang selama beberapa hari, akan menghasilkan arus yang sederhana atau kuat di dalam laut walaupun di permukaan laut kelihatan sangat tenang dan relaxing.


Well this is all we call, "biological indicator" or "mother-nature indicator" 

I think that's it, sebenarnya aku rasa ada banyak lagi, but time nak menaipla boleh lupa kan

Till then... chiou =D

--END--






Comments

Popular Posts