picture credit: google image



-- DUIT DUIT DUIT --






Salam....






Sapa tak suka duit hor???






Hihihi ak cakap macam nie makin macam orang tua pulak...






Takpela... ageing is a normal process of becoming old...






Or act maturely is a normal process of ageing???






Or thinking wiser is a normal process of maturity???






Masa mude-mude dulu umur 7 tahun bapak kasi aku duit belanja 40 sen satu hari buat belanja sekolah....






Masa tu if ada RM4 (dalam bentuk syiling ye kawan-kawan) dalam tangan tu terasa diri ini manusia paling kaya dalam dunia... =D hehehe da boleh layak nak riak da tu....






Bapak pesan, "20 sen buat belanja, 20 sen simpan tabung.... nanti kalau bapak tak cukup duit boleh pinjam duit ko sikit"


So, kat sini moral value is kecik-kecik bapak sudah pesan menabung supaya bila terdesak kita ada duit emergency...






Bila remaja sikit... masuk sekolah menengah, income pun bertambah sikit, bapak kasi RM15 seminggu.... sudah angan-angan mahu beli tudung bawal itu, tudung bawal ini, kaset itu, kaset ini....






Remaja sikit zaman matrikulasi... bapak kasi RM100...bulan-bulan campur RM1000 KPM bagi and RM1000 Yayasan Sarawak bagi setiap sem. Sudah berangan mahu beli kain sutera itu, kain sutera ini, baju stylo-stylo itu, baju stylo-stylo ini...






Remaja tua sikit zaman U mak kasi RM300 bulan2, bapak tak larat nak bagi duit belanja da very high expenses for him mak pulak take over..... PTPTN kasi hutang Rm3500 satu sem for 4 years... Masa ni happy la bila PTPTN banked in masuk bank Islam... approximately 7 days after registration after the new semester...belum pikir betapa jenuh nak bayar hutang...diiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kemudiiannnnn hariiiiiiii =D wawawawa..... ingat macam mana mau enjoy saja... pakai duit PT. Ini lagi dasyhat... sudah mahu beli handbag itu... heels ini, make up itu, accesories ini.... Financial management level time nie??? Hampeh tahap cipan!!!! Terms finance pun masih blurrrr lagi...




picture credit: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(logo ini akan menghantui hidup peminjam PTPTN....hehehe da ada duit tu bayar lump sump je la hehehe >=D )

Remaja TUAAAAA.... sikit zaman kerja.... sudah ada income sendiri... kasi parents duit, bayar balik PTPTN, bayar bil itu ini, bayar rumah, makan segala.... mahu beli itu, mahu beli ini... mahu melancong ke situ... mahu melancong ke sini....

Ooooopssssssssssssssssssssssss da tak boleh beli suka hati da... jenuh tunggu hujung bulan terima gaji ni....

Baru tahu sekarang kena berkira... cukup ke tidak nak bayar itu ini sampai hujung bulan... ADEH... terkena balik...

Sekarang baru faham macam mana susah mak bapak bagi kita duit buat belanja, kita pulak belanja ikut suka nafsu kita....

Mak bapak tak pernah mengeluh hatta satu butir keluhan (read: huh.....) pun bila bagi kita duit belanja tiap-tiap hari, tiap-tiap bulan, tiap-tiap tahun for nearly 25 years.




Jadi makin tua ni, semua sudah fikir pasal money matters ni... Semua sudah fikir "wah nak kerja sampai umur berapa tahun? Bila nak settle semua loans? Insurans? Perlindungan kewangan di masa hadapan? Pencen?"




Sapa-sapa keje gomen tu... insyaAllah boleh rileks sikit sebab stabil, ada pencen, and then gomen pun tadalah suka-suka mahu retrench staff especially during recession period kan..loan gomen pun interest rendah... sangat membantu civil servants la... but still they have to prepare for the worst case scenario kan?




Tapi for those yang berada dalam private sector ni, keadaan dia a little critical, you can never expect what will happen to the company performance in the long run. Especially with the current global/national economic & political situation that's changing rapidly.




Sediakan payung sebelum hujan....




Jadi, di sini saya mahu share ada satu blog; bebas-hutang yang saya baca bersama-sama colleagues saya. Very very the informative bagi orang muda (read: remaja tua) seperti saya yang baru nak kenal dunia. Dia bukan itu scam okeh yang macam boleh jana RM10, 0000000000 dalam masa satu saat. NO. It's a blog about how to manage your income, asset, monthly/annual cashflow, tax, debts, retirement plants and so many things.




Macam-macam aspek and topik derang bincangkan. Bahasa pun bahasa lepak-lepak, tak da la pakai bombastic jargon used by warren buffet ke... so yang low education level pun boleh paham jugak... lagipun budak degree pon bukannye pandai sangat... ADEH!!!

Maka pesanan saya... membaca menambah ilmu pengetahuan =D




--END--












Comments

Popular Posts