Nanggroe Acheh Darussalam Bumi Bertuah

Assalamu'alaikum semua =)

Meskipun entri ini ditulis hampir setahun setelah ziarah aku ke Banda Aceh, namun, ingatan aku pada bumi bertuah itu tidak pernah luntur. Tidak sama sekali.

26 Disember 2014, 10 tahun setelah tragedi Tsunami berlalu yang telah meragut hampir 360, 000 nyawa, juga tidak pernah luntur pada fikiran penghuni tanah ini.

26 Disember 2014 itu juga aku, buat pertama kali menjejakkan kaki buat ke bumi bertuah ini.

-
-
-
-
-
-

Hehehe, kemainkan intro..... ala-ala dokumentari jejak rasul gitu...

Anyway, di Malaysia dah banyak travelogue yang memeriahkan industri blog negara kita, dan aku bukan avid traveler. 

Jadi, dalam entri ni, aku kurang bercerita tentang budget, sebab aku pun tak berapa nak ingat pasal belanja, tapi kalau tak silap aku, budget aku termasuk flight, accommodation, jalan-jalan, souvenir sikit, and tax nak kene bayar before keluar dari Indo was only less than RM1.5k.

Aku spend dalam masa 3h/2m untuk short gateway ni.

Tapi, mungkin entri ni boleh membantu, atau memberi idea kepada sesiapa yang ingin berjalan ke Acheh Darussalam =). 





Banda Aceh sangat synonym dengan Masjid Baitur-Rahman. Inilah mercu tanda yang paling cantik, paling gah, paling berseni yang ak tengok di Banda Aceh.

Of course, masjid ini juga terkenal dengan sejarah di mana ketika Tsunami melanda, air bah tak sedikit pun masuk ke dalam masjid, dan sesiapa yang berlindung di dalam masjid, ketika kejadian selamat dari hanyut dibawa arus Tsunami yang mengganas.

Sedikit maklumat, Tsunami di Acheh terjadi tepat jam 07:58:53 pagi, 26 December 2004, yang pada ketika itu aku masih lagi menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, yang juga pada saat itu, kita masih sedang rancak bergembira meraikan sambutan hari Natal.

Sepanjang perjalanan kami (aku bersama seorang sahabat) dari KL ke Acheh, memang takda masalah langsung. Kami menaiki pesawat Air Asia pada waktu pagi, sampai dalam tengahari. Juga tiada masalah dengan imigresen, pemeriksaan passport dan bagasi.

Lapangan Terbang/ Bandara di Acheh ada Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda. Jadi sesampai saja di arrival hall, anda akan dijemput dengan bapak2 supir yang akan menawarkan anda pakej-pakej perjalanan di sekitar Banda Aceh, dengan harga yang masih boleh ditawar. Jadi pandai-pandailah memujuk dan menawar harga.



Pemandangan di salah satu pantai, sedikit keluar dari Banda Aceh (lupa nama pantai). Di sini, korang sedang melihat pantai ke laut lepas, iaitu mengahadap ke Lautan Hindi.

Bagi aku yang berdiri di pantai ni, menyaksikan anak muda memancing ikan, sedikit hati aku terfikir, betapa tenang, damai dan indahnya pantai, laut membiru, langit yang terhampar seluas saujana mata memandang. 

Namun, sedekad yang lalu, pantai itu jua yang meragut nyawa penduduk, menggulung kampung-kampung, atas izin Tuhan.


Juga, tidak jauh dari pantai tadi, kami di bawa ke atas sedikit dari kawasan pantai. Apa yang korang lihat di sini, merupakan bekas tapak hotel-hotel dan chalet yang sekarang telah dihuni oleh belukar-belukar. So far, belum lagi ada pembangunan besar-besaran di tepi pantai setelah tragedi Tsunami. Ada, tapi tak semeriah dulu la kot.




Sesiapa yang pernah ke Acheh, pasti tau ini merupakan salah satu landmark yang popular. Inilah Muzium Tsunami Acheh. Dalam museum ni, kita boleh lihat sejarah, mekanisma kejadian Tsunami, statistik dan mostly yang berkaitan tentang Tsunami. Tapi since kitorang pergi ketika sambutan 10 tahun tragedi Tsunami, jadi orang yang berkunjung memang sesak, ditambah pula dengan kawalan ketat sekuriti kerana Naib Presiden Indonesia juga berkunjung sempena peringatan 10 tahun Tsunami di Acheh.


Sebahagian dari senarai nama korban Tsunami Acheh 2004


Bapak2 polisi yang sedang mengawal trafik di Museum Tsunami Acheh, sempena 10 tahun peringatan Tsunami di Acheh


Pegawai-pegawai bertugas



Juga, tak lengkap kunjungan ke Banda Acheh sekiranya tak melawat tapak PLTD Apung yang tersadai sejauh berkilo-kilo meter dari kawasan asal. Ini merupakan barge/ kapal generator elektrik yang hanyut kira-kira 3km dari pantai.







Peringatan kepada warga Banda Acheh atas larangan sambutan tahun baru, agar sesuai dengan kehendak syarak

Untuk pengetahuan korang, Acheh ni mengamalkan pemerintahan Islam dan juga mengamalkan hukum hudud. Acheh merupakan wilayah AUTONOMI di Indonesia, yang mentadbir wilayahnya dengan acuan yang berlainan dengan Jakarta.

Kalau kita baca dari segi sejarah, sejak penjajahan Belanda, kita mengenal ramai pendekar-pendekar Acheh yang berkorban untuk membebaskan Acheh dari genggaman penjajah, salah seorang tokoh yang aku kagumi adalah Cut Nyak Dien.

Dari sumber sejarah, Acheh juga pernah ditadbir oleh beberapa orang Sultanah, armadanya juga pernah diketuai oleh seorang Laksamana perempuan. 

Kalau Melaka, kita punya Tun Teja, andai Faisal Tehrani dalam novelnya menulis tentang Tun Nyemah Mulia, Ramlee Awang Mursheed pula dengan Laksamana Sunan berketurunan Melayu dari Punggor, Melaka, maka di Acheh, laksamana yang hebat dikagumi warganya pula adalah Laksamana Kemala Hayati.

Haha, takkan aku nak cerita panjang pasal Kemala Hayati kan? Kalau nak tau lebih panjang, mohon tanya Pak Cik Google.

Oh, sedikit sambungan, bilamana, Acheh menjalankan undang-undang Islam di wilayahnya, maka untuk pengetahuan, di sekitar Banda Acheh, juga punya polis syariah, juga dikenali dengan Wilayatul Hisbah, rakyat tempatan menyebut dengan short form WeHa.

Polis-polis syariah ini yang akan monitor segala gerak laku andai kata ada aktiviti judi, arak atau maksiat yang berlaku.

Juga, selain itu, dah menjadi peraturan di Acheh iaitu ketika waktu solat 5 waktu, kedai-kedai akan ditutup kira-kira 10 minit sebelum, azan, dan akan dibuka semula kira-kira 15-20 minit setelah masuk waktu solat.

Ni tutup betul2 tau, lampu padam, pintu tutup, not operational at all. FOR ALL PREMISE in Acheh.



Kawasan sawah padi yang tidak jauh dari rumah peninggalan Chut Nyak Dhien, salah seorang freedom fighter Acheh ketika penjajahan Belanda.



Masjid Rahmatullah yang famous di Pantai Lampuuk. Di saat semua bangunan lain disapu rata oleh badai Tsunami, masjid ni masih lagi tersergam.

Rakyat Acheh, mengingati tragedi Tsunami dengan mengadakan Tahlil dan Tazkirah pada waktu pagi, bagi mengenang kembali peristiwa yang meragut ramai ahli keluarga, saudara mara dan sahabat.





Salah satu perahu/boat yang tersadai di tingkat 2 sebuah rumah, yang menyelamatkan sekitar 40 orang ketika kejadian Tsunami




Ini pula Kubah Masjid yang hanyut dibawa arus Tsunami, tersadai di tengah-tengah sawah padi



Antara cebisan naskhah Al-Quran yang disimpan setelah kejadian Tsunami, yang dikumpul semula oleh penduduk-penduduk tempatan



Menziarahi kuburan Massal (kuburan besar) untuk mangsa Tsunami.

Di sekitar Banda Acheh korang akan jumpa, a few kuburan Massal ni. Setiap kuburan menampung lebih kurang 10 ribu hingga ke 20 ribu mangsa korban dalam beberapa liang lahad.

Ada yang dikenal pasti Islam akan dikuburkan dalam liang yang sama, begitu juga yang bukan Islam, ada juga mangsa yang tidak dikenal pasti identiti, akan disatukan dalam satu liang yang sama. Juga ada kuburan untuk anak-anak kecil terkorban ketika kejadian tersebut.


Yang pergi tetap pergi, dan untuk kita yang masih hidup, kita jadikan peringatan

Begitulah sedikit sebanyak perjalanan aku di wilayah yang barakah ini.

Secara jujurnya, perjalanan aku ke sini tidak ditemani dengan tawa gembira, suka ria. Dahi aku berkerut seribu setiap kali terpandang kesan-kesan peninggalan Tsunami.

Jalan, jambatan, sungai yang kami lalui, pernah menjadi saksi tempat pengumpulan korban-korban tsunami sedekad yang lalu.

Namun, Acheh bukan sahaja terkenal dengan tragedi Tsunami semata-mata. Sejarahnya begitu mahal untuk kita kerana kita masih lagi serumpun. 

Hamzah Famsuri- dimakamkan di sini,
Tan Sri P. Ramlee- berketurunan Acheh,

Acheh ada salah satu wilayah di Indonesia yang gagal ditakluk dan dijajah oleh Belanda kerana semangat patriotisme yang ada dalam setiap lubuk hati rakyatnya yang tidak pernah menyerah.


Indonesia mampu membeli pesawat yang pertama dengan duit rakyat Acheh.

Lantas, ketika bersetuju untuk bergabung dengan Indonesia, dengan harapan ingin menubuhkan wilayah Islam berdaulat, Acheh sekali lagi dimanipulasikan kerana harta dan galian bumi yang bernilai. Acheh terus berperang dan bergolak dan wujudlah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang mempertahankan wilayah Acheh.


Namun, hikmah Allah tiada siapa yang menduga. Setelah kejadian Tsunami, Aceh telah berubah wajah, menjadi sebuah wilayah yang damai dan permai. Tidak lansung terlihat pengemis di jalanan dan anak-anak muda berpeleseran. 

Syariah Islam begitu berdaulat di bumi ini. Warganya bagi aku adalah warga yang paling baik dan peramah yang pernah aku jumpa, tak terlihat di tempat lain.

Kerana mungkin mereka percaya dan yakin bahawa "Damai Itu Indah". Slogan yang popular di papan tanda di sekitar Banda Aceh.

Sebelum aku akhiri entri ni, terimalah Hikayat Nabi Sulaiman oleh Anak Acheh



Terimong Geunaseh (Terima Kasih)

--END--


Comments

Popular Posts