--majoriti 2/3 atau majoriti mudah?—

Malam ini laman blog sesak. Sesak sungguhlah. Pilihanraya Umumlah katakan. Kita pun terkesan dek pilihanraya Umum ke 12 sungguhpun kita bukan pengundi. Bukan tak layak tapi belum berkesempatan.

Bak kata penganalisis, pilihanraya kali ini ada yang berkorban, ada yang terkorban dan ada yang dikorban. Kita yang duduk di Lembah Pantai terasa bahang perang kempen antara Shahrizat dengan legasi Anwar Ibrahim; Nurul Izzah Anwar yang cantik, tinggi, pandai lagi kuat agamanya (madah kawan kita). Meski baru kali pertama. PEngaruh papanya yang masih kuat kendati 10 tahun peristiwa hitam keluarganya telah berlalu. Tua tak semestinya Ibu, Muda tak semestinya Anak. Kita tunggu dan lihat legasi Anwar Ibrahim memimpin penduduk. Mudahan berkat sekiranya berjuang di jalan Allah s.w.t.

Kita yang tidak mengundi lantasan tak akan mengulas kita di pihak mana. Biarlah rahsia madah Siti Nurhaliza.

Dua minit yang lepas kita baru dapat tahu BN menang majoriti mudah (simple majority). Beberapa buah negeri akan ditadbir oleh pemerintah baru (Barisan Alternatif). Kelantan sudah pasti tiada sangsi. Pulau Pinang, Perak dan Selangor mula nak bertatih. BA atau BN kebajikan rakyat lagi penting pasca pilihanraya.

PM dan TPM pun senyum sekadar berbasi basa dalam TiVi. Umpama kerang basi bak kata orang. Bersidang dalam ngantuk; terlelap. Bukan mengutuk, tapi hakikat. Jangan memimpin sekadar melepas batuk di tangga. Pemimpin tugas yang berat kita tahu, semua orang tahu. Sedari tanggungjawab sendiri

Jika Cina dengan kepentingan ekonomi, Melayu dengan kepentingan yang kita juga tak pasti, India pun dua kali lima. Sentimen perkauman tak boleh lari. Kita toleh beberapa dekad yang lepas, kemenangan majoriti mudah meleret ke tragedi 13 Mei. Bukan kerana menang dengan majoriti mudah tapi sifat penyokong yang melampau dan cepat melatah sebabnya menang dan bukan kalah. Harapan kita kali ni tidaklah jadi begitu. Mudahan rakyat Malaysia kini lebih matang.

Acuan Malaysia yang baru? Semua terletak di kertas dipangkah kalian.

--tamat--

Comments

alifreyes or said…
hidup NURUL IZZAH

i love u..

hidup Datin Seri Maziah

I love u tooo...
maz m. said…
hahaha next penggal aku buleh la masuk bertanding
ahaa..permaisuri gelak gelak aja
maz m. said…
pengumuman!!!!

gelaran baru CIK SITI adalah Permaisuri Kerajaan Malaysia Hazirah, bukan Permaisuri Nur Zahirah ye.....
alifreyes or said…
permaisuri NUrhazirah...
takpa..permaisuri belum murka lagi..masih boleh tersenyum..

Popular Posts