--MULA--
And He found you wandering and He gave you guidance; And He found you in need and made you independent
(Ad-Dhuha:7-8)

Kekadang terfikir apa asbabnya Allah menciptakan perasaan, seketika kita marah, sedih, gembira, tak kurang juga kesunyian, insaf, kecewa, tak ada perasaan, dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang kita merasakan diri kita kuat, fizikal mahupun mental tapi, kadang-kadang kita merasakan kita tak dapat menanggung ujian yang datang. Kadang-kadang kita merasakan bahawa diri kita dibiarkan keseorangan, tetapi kita jarang sedar bahawa kita sentiasa ada Tuhan, dan manusia di sekeliling kita. Kita masih ada ibu, ayah, adik-beradik, kawan mahupun sahabat. Tapi sebagai seorang yang masih lagi waras, kita berpendapat bahawa setiap sesuatu dugaan mahupun nikmat yang diberikan kepada diri kita ini adalah satu ujian dan setiap ujian yang diberikan kepada kita, kita mampu menanggungnya. Lulus gagal belakang kira.

Lulus gagal belakang kira? Eh salah tu. Dalam hidup ni kita tak pernah gagal cuma belum lulus. Bukan sama ke tu? Kali ni kita nak jadi optimis sikit, bukan gagal tapi belum lulus. Ya, bukan gagal tapi belum lulus dan kita pasti lulus InsyaAllah. Hahaha kita ketawa sendirian terkenangkan kebodohan kita. Kita ketawa tapi kita lupa nak perbaiki diri.

Baiklah kita perbaiki diri kita. Kita nak luluskan? Apa yang kita patut lakukan? Kita nak mulakan sesuatu kita kena mulakan langkah. Langkah pertama yang paling susah. Susah sungguhlah. Kita percaya. Tapi kita juga percaya langkah pertama merupakan permulaan untuk perjalanan seribu batu.

Kenapa tak dua ribu batu? Terpulang. Kita suka tanya banyak soalan tapi seribu batu seribu batulah, kenapa nak dua ribu. Mulakan dulu langkah tu baru fikir berapa jauh lagi kita nak melangkah.

Bukan kena rancang sebelum melangkah? Rancanglah siapa yang halang. =)
p/s: forgive me for being shallow, for i'm trying to learn, to understand the mysteries, and purposes to what do we call LIFE
--BELUM BERAKHIR--

Comments

Anonymous said…
Therefore treat not the orphan with harshness, nor repulse the partitioner, and the bounty of your Lord, proclaim!
Anonymous said…
huhu...
Anonymous said…
indeed we r shallow..

Popular Posts