--PUJANGGA RAJA SEHARI--

usahkan mahu menyentuh hati,
mengintai cintanya juga tidakku berani,
membiarkan masa menjadi saksi,
biar mencintainya tidakku berhenti,
namun sebagai lelaki aku semakin menyedari,
di hadapanku bukan sekadar bidadari,
tapi seseorang yang mahu kujadikan isteri,
aku mahu menyintaimu sepenuh hati,
dan membawa cinta ini hingga ke mati,

sewaktu hati mahu dicinta,
yang kucari adalah bahagia,
bila cahaya tersuluh di wajahnya,
aku merasa getarnya seluruh jiwa,
tak terbayang kelainan rasa,
mungkinkah ini destinasinya,
aku tidak pernah mencari,
namun yang kutemui ini adalah kasih sejati,
seorang lelaki dan suami yang kucintai,
memberiku dunia yang tidak pernah sepi,
--CAHAYA CINTA--
(lagu/lirik: siti nurhaliza)
Dia telah menentukannya,
kita bertemu dan bercinta,
iniah oh takdirNya,
bukan kerana harta,
inilah citra cahaya cinta,
pintu hatiku telah kau buka,
tak mampuku menafikannya,
kejujuran diberi,
kasih takkan berhenti,
ini bahagia yang kucari,
sayangi daku,
peluklah daku,
janji denganku,
semai cinta nan satu,
Tuhan menguji,
takkan berhenti,
hanya kupinta,
sama setia menjaga,
hingga ke alam syurga,
sayangi daku...

Comments

Anonymous said…
saper karang puisi tu? lu buat sndiri erk? mmg kaki Datin CT nih. lu bila plak nak kawen?

Popular Posts